yang datang meneman

Monday 19 November 2012

kisah perit aku ..

assalamualaikum .

hmm , lama rasa nya ku tinggalkan blog ku ini . sunyi bukan ?? aku rindu mahu menulis lagi . maaf jika apa yang ada dalam blog ini buat kalian jengkel dengan ku . 

apa yang aku mahu ceritakan kali ini banyak berkisar tentang diri ku . dia ?? yaa . dia juga . 

aku . selalu memulakan pertengkaran . bosan ?? yaa . mungkin dia bosan dengan apa yang ku katakan . aku tahu , aku mengerti .

maafkan aku . hanya itu yang aku mampu katakan saat ini . 

bersalah ?? ya . aku masih rasa bersalah dengan apa yang telah aku lakukan . mungkin ada yang mengerti akan maksud diri ini , tapi mungkin sesetengah nya akan bercakap di belakang ku ini .

aku tahu . aku mengerti . aku selalu berfikir tentang sesuatu yang tidak kau rasakan . aku faham aku selalu pentingkan diri . ya , aku selalu minta itu dan ini . kerana apa ? RINDU . mungkin kau juga rasa benda yang saa , tapi tidak seperti apa yang aku rasakan .

ada sesetengah akan berfikir , aku cuma mau bahagia , tak mahu derita . begitu juga kalian bukan ? bohong jika kamu katakan kamu mahu derita yang berpanjangan . tidak bukan ??

begitu juga aku . aku mahukan kebahagiaan . tiada kedinginan dalam perhubungan . tapi , aku cuma manusia . yang tak punya apa apa melainkan hati dan rasa . 

kesibukan mu menjadikan aku hilang arah . saat ini hati ku goyah . ragu akan segalanya . selepas tempoh 2 minggu yang penuh dengan kisah perit kita , aku seolah olah merasakan baru mengenali dirimu . buat kali yang kedua . perasaan dan kejanggalan dalam hubungan sekali lagi menerjah masuk ke tangkai hati . 

sungguh . aku tak mampu mengusir rasa itu pergi . semakin ku cuba , semakin aku merasa malu . malu dengan keadaan diri yang sering meminta itu dan ini tanpa sedikit pun ku hirau akan rasa hati mu . 

yaa , mungkin kau muak . bosan dan segala macam rasa lagi . yang aku mampu katakan , aku memohon maaf seikhlas hati , dalam dari sanubari . hanya itu yang terluah saat ini 

 :'(

bila ku rasa sendiri , aku akan baca tiap mesej yang kau beri . sungguh , airmata keluar lagi .

tolong , jangan katakan kau rela bila aku pergi . aku tak mampu . sungguh ! aku tak yakin aku mampu walaupun sebelum ini kita tak pernah mengenali . 

walaupun cerita itu aku simpan kukuh di hati , namun sering ia menemani saat aku sendiri . sayang ?? yaa . jujur , aku sayang akan semua . maafkan kekhilafan diri ini yang sering menguji tangkai hati . maafkan aku . 

aku malu . malu dengan segala macam yang aku katakan . akhirnya , aku juga merintih . menangis tak henti henti .

aku janji . aku tak ungkit lagi . aku janji , aku tak cakap lagi . 

maafkan aku sayangg :'(

No comments:

Post a Comment