yang datang meneman

Sunday, 20 January 2013

HATI DAN PERASAAN

Assalamualaikum ,


alhamdulillah , jerawat semakin kurang :)
tumpang lalu ye .


bila berbicara soal hati dan perasaan , payah jugak kan ? kadang ada yang jatuh terluka , dan kekadang ada yang berlari bahagia . 

aku juga sama . ada kala nya aku merasa seolah olah hanya aku saja yang merasa bahagia , dan kekadang aku juga pernah merasa hanya aku yang bermuram durja *hemohemo*

hati dan perasaan . subjek yang besar buat aku . aku tahu , kamu yang membaca entry ini juga merasa ini satu benda yang serius , subjek yang besar . almaklum , kita perempuan :)

okeh , balik pada pokok perbicaraan . aku mula sedar , betapa pentingnya menjaga hati dan perasaan ni . bila sudah bahagia , tersangat la bahagia . namun , bila terluka , ohhhmaigad ! tuhan saja tahu .



okeh , disini aku ingin bercerita kepada anda tntang hati dan perasaan ku . lately , aku di ganggu oleh beberapa orang LELAKI yang mencuba untuk memenangi hati dan perasaan ku . sungguh , aku terguris . bukan sebab aku kecewa , tapi TAKUT . 

sejujurnya , aku wanita . pernah terdetik di dalam hati bila mereka mula memuji , namun , aku cuba pertahankan rasa ini . 
*aku mampu ! ya , aku mampu !*

bila mereka mula mendekati , pada awalnya aku rasa tidak selesa mana . sungguh . namun , akibat kesunyian yang aku rasai tatkala aku memerlukan dia dan dia tidak mampu hadir untuk menemani dan mengubat rasa rindu di hati , aku mula membuka langkah untuk keep on texting with dis guy .
*maaf syg , crta ni aku tak pernah kongsikan *

tapi aku cukup berwaspada dalam membuka langkah dan tiap tutur kata . sunyi , masih ku rasai lagi . kerana bukan mereka yang aku mahukan sebenarnya , tetapi DIA .  bila mereka mula menyatakan hasrat hati , aku diam . mencari jalan keluar . kerana niat ku pada awalnya hanya lah untuk berteman , berkawan dan bersahabat cuma . namun , di sebalik kebaikan ku dalam menerima tiap perlakuan mereka membuat aku hilang arah . entah kata apa lagi yang harus aku keluarkan demi menjaga hati semua pihak .

aku faham akan apa yang mereka rasa . aku mengerti . namun , aku tahu aku juga silap dalam mengatur tiap langkah ku dalam bersahabat . sejujurnya , aku  tidak pernah memberi harapan atau kata putus yang boleh membuatkan mereka untuk terus menunggu jawapan pasti dari aku . 

aku mula tidak mengerti percaturan yang mereka rancangkan . ada yang mengatakan sudah lama memendam rasa , 6 tahun tempoh yang lama . tapi maaf , aku cuma ingin berteman . kerana hati ku juga telah di miliki oleh seseorang yang istimewa untukku .

semakin lama permainan mereka berlangsung , aku semakin mengerti apa yang mereka ingin kan dari insan bergelar WANITA . semakin lama , belang setiap satu nya semakin terserlah . pada awal nya aku sudah menjangkakan yang ini cuma gurauan kata dari tiap mereka . aku mengerti . dan akhirnya , yaaa betul apa yang sahabat ku katakan . dia cuma seorang lelaki yang inginkan kepuasan dalam perhubungan . mujur lah aku tidak seperti perempuan lainnya yang cepat perasan akan sesuatu dan terlalu berlebihan dalam perhubungan . 

alhamdulillah , aku dapat menjarakkan diri dari mereka mereka ini . aku pasti , jika hati dan perasaan ini hanya tertuju kepada DIA , aku tahu dan aku yakin yang aku mampu untuk menunggu lama lebih dari ini .

hari ini , dia akan selamat sampai di daerah kelahirannya , tempat jatuh duduk nya , tempat melepas penat lelah nya dan tempat untuk mengubat segala kerinduannya . welcome back sayang :)

maaf sayang , aku tidak mampu untuk berada selalu di sisi mu untuk turut merasa kebahagiaan yang kau rasakan . yang aku mahu , cukuplah aku tersenyum tatkala kau juga tersenyum .

sayang , percaya lah , hati dan perasaan ini hanya untuk mu . aku masih di sini , utuh berdiri menunggu kau hadir untuk menjadi peneman di kala sunyi . walaupun kita sudah semakin jauh , aku yakin kau boleh menjaga hati ,. maaf sayang , kadang hati ku goyah . tapi tidak lama . kerana apa ? aku cuma sayang kamu seorang .  dan tolong jgn rsau akan keadaan ku . aku mampu untuk menolak semua rasa asing ini . aku yakin . aku mahu menjadi setegar Norfatiha Mapaita . aku mahu menjadi sekuat dia , sesabar dia . aku mahu . in shaa ALLAH syg :')

untuk kamu yang cuba untuk menggoyahkan hati yang kian utuh ini , pergilah . pergi sejauh yang kamu mampu . jgn datang dekat lagi . dan berhenti main hati dan perasaan ini . dari awal sudah ku katakan , yang aku punya DIA . dan kau mengerti . dan aku mohon , kamu jgn datang dekat lagi .

untuk kau juga SAHABAT , jagalah hati mu sebaik yang kau bisa . cari lah kawan yang boleh selalu ada tika kau bermuram dan berduka . pergilah . aku tidak memrlukan kau lagi dalam setiap langkah perjalanan ku . cukup rasa nya aku terluka degan tiap tindakan mu . kekadang it doesn't make any sense at all . maaf , kau pendusta !

maaf jika terlalu banyak salah yang aku telah lakukan . aku juga insan biasa , yang punya semua rasa . maaf jika aku terlalu berlebihan . aku janji , perkara ini takkan berulang lagi .


maafkan aku sayang :'(

Thursday, 3 January 2013

cerita baru

assalamualaikum ..

hari ni aku takda nak cerita sngat laa . sebab nya aku tak pandai sngat nak story mory ni . *amboi* 

okehh . hari ni dah hari ke ke 3 sejak kita melangkah ke tahun yang baru . azam ?? korang ada ? aku pun ada jugak . slh satu nya aku nak further study . 
* jelesss kot tgok kwn2x smbung stdy tapi aku tak lagi *
takpa la , mungkin rezeki takda lagi kan ?? takkan nak meroyan pulak kan ? oke . stop cerita pasal study . kang nangis pulok aku kat sini !

okeh , actually *amboi! ACTUALLY nihh * aku nak cerita la dgn korang suma pasal kawan2x aku . aku rindu kot dengan dorang . tapi entah la , dorang ingak ke dok ngan aku . huahuahua !

ari tuh , kami ada lah hanging out together . kuar pegi makan dan sebagainyaaa . hihih . niii , ada la sikit kitorang punya gambar arituh . 



haa . ni lah gambar kitorang masa jenjalan ari tuh . kebetulan Ana balek tawau kan . so , kitorang hanging out sesama la . release tension kot sebab tgok kwn stdy kita masih duk kat ceruk ni je !



 aiskrim ! cornetto mini . wowowo ! nostalgia sebenarnya ais nii . ada cerita di balik ais itu  rinduuuuu :(


 haaa . ni la kawan baik ,  bestfriend giler2x . selalu bersama . jelly jugak tgok pshbtn dorang ni kuat . !

  


 ni pulak kitorang curi2x snap gmbar kat kedai buku .  ceria sngat ! 
 

 lihat ! betapa gemuk nya aQ oh dunia !!!

rindu dia :(

hah . makan dan belanja ! kami lettew !

 
 kami lagi .


haa . ni another geng kami yang tak join outing hari tuh . coz bapak dia sakit , kat KL skrg . hari2x nak kena cuci buah pinggang . hmmm . we'll pray d best of ur father health . oke ?? be strong .  aku sayang kau jugak !

Thursday, 6 December 2012

terasing

 
 
 
rasa semakin terasing . tiada sesiapa yang menemani . mana penghujung kisah ini ???

Monday, 26 November 2012

H A T I

hati .

tak akan pernah menipu . selalu mengatakan hal yang benar saja . segala yang tersurat dan yang tersirat hanya hati yang tahu .

hati ,

kau dah banyak kali terluka , tersakiti . aku mengerti akan sakit yang kau alami . aku tahu , terlalu banyak calar yang telah kau terima . namun , kau masih utuh dalam diri ini , memberi nadi untuk terus berjuang lagi .

sungguh . perit rasa bila kita terpaksa menenangkan diri dan mengatakan hal yang baik saja . aku manusia , yang punya banyak rasa . aku tak mampu membuang satu daripada nya . kerana apa ? aku akan tempang tanpa rasa rasa itu . sungguh , aku terluka .

tangisan yang menemani aku saban hari takkan pernah hilang dari sudut kecil mata ini . mungkin seketika tangis itu reda kembali . namun , bila rasa sebak itu datang untuk kunjungi tangkai hati ini , sedetik pun aku tak mampu sembunyikan tangis dan airmata ini .

aku terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi . hinggakan aku tak mampu untuk bangun semula bila aku terjatuh lagi . bila aku dah rasa semua sebak ini , mula lah aku mengadu kepada HATI yang kecil ini .

aku berfikir . banyak . terlalu banyak . kadang aku merasakan aku sendiri . tiada teman untuk berbicara . mengapa ?

mungkin kepada mereka yang tak pernah merasa sunyi cuma akan kata ' sabar la ' . namun , aku tak mampu . aku lemah kawan . sungguh .

rindu ? yaa . aku terlalu rindukan dia . dalam doa di setiap hari ku , aku sentiasa  mendoakan kesejahteraan nya di sana . airmata juga akan kunjung tiba tatkala aku mula mendokan ibu ku , ibu ku , ibu ku  , ayahku , keluarga ku , sahabat handai ku dan juga dia .

bila masa itu akan tiba ? aku makin tidak mengeti . aku denagan dia dah terlalu jauh . semua nya di sebabkan pertengkaran itu . aku tak mahu katakan ITU lagi , namun hati ni meronta . aku sabar . setia menanti .  aku selalu ada untuk diri nya . tapi dia ??

hati , sabarlah . ini semua dugaan untuk kita . kita mesti sabar untuk menunggu masa itu tiba lagi .

Ya ALLAH ya rabbi , aku berserah kepada mu . hidup ku , mati ku , tangis ku dan ketawa ku hanyalah untukmu . berilah aku  kekuatan untuk melawan semua rasa yang bersarang saat ini . hanya kepada mu aku berserah . Engkau mempunyai rancangan yang terbaik . pasti ada hikmah di sebalik kekecewaan yang KAU hantarkan kepada ku . aku redha ya ALLAH .

kepada kalian , jangan pernah putus asa . jika jodoh memang DIA , aku syukur . namun , jika di sepanjang perjalanan hubungan ini ada saja yang akan membuat aku dan kau makin jauh , aku tak mampu tahan lagi .
sayang ini hanya untuk kau . takkan pernah berubah . tapi aku mohon , kau jangan pergi jauh lagi . marilah kita dekatkan semua benda yang kita dah jauhkan sebelum ini .

aku mohon .

Tuesday, 20 November 2012

Monday, 19 November 2012

salah kah bila ...

salah ka bila kita cemburu dengan apa yang dia lakukan ?

aku mengerti aku tidak punya hak untuk rasa sebegitu . tapi aku juga perempuan . punya rasa cemburu .

kenapa ada saja benda yang boleh buat aku cemburu ? ya ALLAH . tak suka rasa begini . sungguh . semua ni buat aku makin jauh dengan kau !

katakan bila kau tak perlu aku . katakan bila kau tak sayang pada ku . katakan bila kau tak menyayangi ku !

tolong  jangan seksa jiwa ku . jangan seksa batin ku . aku mahu bahagia . bukan derita . tolong , kasihani aku . aku cuba sebaik munkin untuk jaga hati mu . aku tak layan mereka . kerana aku tahu aku telah menjadi pemilik hatimu . tapi kamu ???

mengapa perlu ada orang lain ?? mengapa perlu layan mereka ??? mahu jaga hati ??

aku baca tiap tiap mesej kamu . entah apa lagi yang aku tak tahu . tolong ! jujur la pada ku .. :'(

kisah perit aku ..

assalamualaikum .

hmm , lama rasa nya ku tinggalkan blog ku ini . sunyi bukan ?? aku rindu mahu menulis lagi . maaf jika apa yang ada dalam blog ini buat kalian jengkel dengan ku . 

apa yang aku mahu ceritakan kali ini banyak berkisar tentang diri ku . dia ?? yaa . dia juga . 

aku . selalu memulakan pertengkaran . bosan ?? yaa . mungkin dia bosan dengan apa yang ku katakan . aku tahu , aku mengerti .

maafkan aku . hanya itu yang aku mampu katakan saat ini . 

bersalah ?? ya . aku masih rasa bersalah dengan apa yang telah aku lakukan . mungkin ada yang mengerti akan maksud diri ini , tapi mungkin sesetengah nya akan bercakap di belakang ku ini .

aku tahu . aku mengerti . aku selalu berfikir tentang sesuatu yang tidak kau rasakan . aku faham aku selalu pentingkan diri . ya , aku selalu minta itu dan ini . kerana apa ? RINDU . mungkin kau juga rasa benda yang saa , tapi tidak seperti apa yang aku rasakan .

ada sesetengah akan berfikir , aku cuma mau bahagia , tak mahu derita . begitu juga kalian bukan ? bohong jika kamu katakan kamu mahu derita yang berpanjangan . tidak bukan ??

begitu juga aku . aku mahukan kebahagiaan . tiada kedinginan dalam perhubungan . tapi , aku cuma manusia . yang tak punya apa apa melainkan hati dan rasa . 

kesibukan mu menjadikan aku hilang arah . saat ini hati ku goyah . ragu akan segalanya . selepas tempoh 2 minggu yang penuh dengan kisah perit kita , aku seolah olah merasakan baru mengenali dirimu . buat kali yang kedua . perasaan dan kejanggalan dalam hubungan sekali lagi menerjah masuk ke tangkai hati . 

sungguh . aku tak mampu mengusir rasa itu pergi . semakin ku cuba , semakin aku merasa malu . malu dengan keadaan diri yang sering meminta itu dan ini tanpa sedikit pun ku hirau akan rasa hati mu . 

yaa , mungkin kau muak . bosan dan segala macam rasa lagi . yang aku mampu katakan , aku memohon maaf seikhlas hati , dalam dari sanubari . hanya itu yang terluah saat ini 

 :'(

bila ku rasa sendiri , aku akan baca tiap mesej yang kau beri . sungguh , airmata keluar lagi .

tolong , jangan katakan kau rela bila aku pergi . aku tak mampu . sungguh ! aku tak yakin aku mampu walaupun sebelum ini kita tak pernah mengenali . 

walaupun cerita itu aku simpan kukuh di hati , namun sering ia menemani saat aku sendiri . sayang ?? yaa . jujur , aku sayang akan semua . maafkan kekhilafan diri ini yang sering menguji tangkai hati . maafkan aku . 

aku malu . malu dengan segala macam yang aku katakan . akhirnya , aku juga merintih . menangis tak henti henti .

aku janji . aku tak ungkit lagi . aku janji , aku tak cakap lagi . 

maafkan aku sayangg :'(