yang datang meneman

Thursday 25 October 2012

TAKZIAH ...

assalamualaikum .

kalian pernah merasai kehilangan ? kehilangan seorang sahabat yang amat memahami diri dan jiwa kalian ? memahami setiap gerak geri kalian ? memahami setiap sudut nurani kalian ?

ya . aku merasa kehilangan . Arwah Nurfazila Biddin . ya . dia seorang sahabat yang baik . walaupun aku denganya tak lah seberapa rapat mana namun tulus ku katakan , aku menyayangi nya .  masih terasa kehilangan nya .

bohong jika aku katakan aku sudah boleh menerima ketiadaan nya .sungguh , sunyi rasanya . kosong .

aku tau , aku bukan lah kawan yang paling rapat dengannya . meskipun begitu , aku tahu , aku pernah menjadi pendengar setia kepada masalah nya . aku mengerti setiap langkah perjalanan nya . walaupun dia tidak pernah tahu .

arwah meninggalkan kami dengan seribu satu kenangan . aku pasti , sahabat sahabat aku yang lain turut berduka cita dia atas pemergian arwah . berita ini ku terima di awal subuh lagi . azan baru saja di laungkan . memuji kebesaran yang Maha Esa .

sungguh . subuh itu aku bermimpi . ku lihat wajah kudus nya . ku masih ingat senyuman yang dia ukirkan . manis . indah di pandangan mata hitam ku . tapi , bila aku terjaga dari mimpi lena ku , aku merasa sesuatu yang asing . aku bangun . mencapai handphone yang ada di sebelah kiri ku . aku tekan kunci merah itu . aku buka pesanan yang tertera di kaca skrin telefon itu . mesej itu ku baca berulang kali . sama ada percaya atau tidak .aku terkedu . sungguh . air jernih mula membasahi pipi .aku menyeka perlahan lahan . aku ingin kan kepastian . aku mula menaip selaju dan sepantas mungkin . ingin kepastian daripada sahabat lain . ya . mereka turut mengatakan hal yang sama .

aku menangis semahu nya . teringat pesanan yang terakhir dari nya . dia memohon maaf andai ada silap dan salah . sungguh . aku tak berdendam . itu cuma cerita lama yang dah pun aku lupakan .

kehilangan . masih terasa . aku masih tak boleh menerima hakikat itu namun apa lah dayaku . aku juga hambaNYA . perlu meneruskan kehidupan ku . yang pergi tetap akan pergi . dari DIA kita datang , kepada NYA juga kita kembali .

kau sentiasa segar dalam ingatan kami semua . masih terasa kau bersama kami . bercanda tawa , menangis semahunya . kami sayang , namun ALLAH lebih menyayangi . DIA mahu kau berhenti menahan derita yang selama ini kau diamkan . kami tahu walaupun kau tak pernah luahkan . kami tau kau sorang hamba ALLAH yang redha akan setiap ketentuan . namun , ajal sudah menjemput mu pulang bertemu kekasih hati yang abadi dan hakiki .

doa kami selalu mengiringi perjalanan mu di sana . moga kau mendapat tempat yang terbaik di sisi NYA . moga kau tenang di alam sana . kami pasti merindui saat saat kita semua bersama .

kehilangan seorang sahabat yang aku pasti sahabat yang lain juga merasakan .

berat untuk ku terima . sukar untuk ku relakan . namun aku yakin . ALLAH lebih mengetahui setiap segalanya .takziah untuk seluruh anggota keluarga . hanya doa yang mampu kami berikan . :(

dengan ingatan tulus ikhlas dari kami semua untuk mu ....

Arwah Nurfazila Biddin
al-Fatihah


Tuesday 23 October 2012

HARI JADI !

3 hari saja lagi . 

i'm officially 20 ! hewhew !

besar nya angka tu . dah 20 tahun aku hidup . hihihi . rasa macam kemarin ja di lahirkan .
[ nampak sangat menipu ]

aku cuma berharap hari jadi kali ini membawa seribu makna dan tercipta seribu satu kenangan yang aku takkan bisa lupakan :)


aku masih menghitung setiap detik . menghitung hari yang bakal aku lalui selepas ini .

cuma mampu berharap kebahagiaan yang aku ada saat ini tak hilang dari genggaman . 

aku cuma mahu KAMU :)


TAHNIAH !

assalamualaikum .

hmm , entry kali ni aku tak cakap banyak pun . saja nak ucapkan TAHNIAH . untuk sapa ? untuk diaaaa hey ! sing de song bebehhhh . hahaha .

okeh . to Izhar Sultan , aku nak ucapkan tahniah untuk kau . hari ni kau konvo kan ? i'm happy for you . segala penat lelah mu terjawab sudah sekarang . apa yang kau ingin kan , alhamdulillah dah jadi kenyataan . 3 tahun beb , tak lama kan ? dengan kerinduan kat keluarga lagik , dan semua semua  ya akhirnya kau berjaya jugak . berdiri setanding dengan mereka . 

aku tak dapat nak bagi kau apa apa . hari jadi mu yang lalu pun aku just wish saja kan ?? sekarang kau konvo pun sama jugak la .ucapan TAHNIAH ja dari aku .  takda patung , takda bunga . takda segalanya . 

masa ni guna lah dengan sebaiknya . ambil lah seberapa banyak gambar yang kau mahu . simpan buat kenangan . nanti bole bagi  tengok anak bini . 
" haa . tengok ni masa bapa konvo dulu "
" haa . tengok ni masa bapa study susah susah dulu''

semua tu kenangan yang takkan berulang lagik . doakan aku moga aku dapat sama menjadi dan lalui semua nya sama seperti kalian .

aku juga ingin menjadi seperti kalian . berjaya . ada photoshoot ! orang ambil gambar kita . ada yang bagi bunga . ada yang bagi patung . ada bagi coklat .
[ada ka orang konvo bagi coklat ? ]

sekarang , bermula satu lagi fasa baru untuk kau .keluarga semua nya akan bergantung hidup dengan kau . berbekalkan ijazah yang kau ada sekarang , cari lah kerja yang bole sara kehidupan keluarga mu . semua nya berharap dengan kau .

apa apa pun , TAHNIAH sekali lagi izhar di atas kejayaan  anda :)

selamat berGRADUASI ^__^

SAKIT HATI

korang pernah rasa sakit hati tak ? pernah bukan ? rasa macam ada batu je yang hempap dada kita ni . perasaan tak terluah da dengan kata kata . sakit nya toksah nak cakap macam mana la . sakit hati ni bersebab bukan ? mustahil ada yang sakit hati untuk saja saja . tak best kot sakit hati macam ni !

aku buat entry kali bukan bermakna aku masih sakit hati . tidak . tidak sama sekali . cuma ini cerita semalam . bukan aku nak 'show off' . bukan . cuma , bila kita luahkan benda yang buat kita rasa sakit hati ni , automatik kita akan rasa ok . kan ? kita akan cool down sendiri . [ walaupun tak semua marah tu lepas la  ]

rasa sakit hati aku ni start masa aku kat KK lagik . lau yang dah baca entry sebelum ni conform tau aku ada gaduh ngan DIA masa aku tgh makan arituh . entah la . perangai nya makin pelik aku rasa . entah , mungkin aku ja yang rasa begitu .

cerita ni mula sebab aku JEALOUS . ada sorang budak perempuan ni . chat ngan dia kat FB . then , bila aku baca , aku rasa sakit hati pulak . [maksud nya aku jealous la tu okehhhh ] . at first tu aku try tuk diamkan . malas nak cakap . nanti gaduh plak lagi . tapi aku tak plak tahan ngan rasa tu . seriously , aku tak suka beb ada rasa macam tu . sakit yang tak dapat nak luah . macam di luah mati bapak , di telan mati mak . [ehh , jap . betul ka peribahasa aku ni ? ahhhhhh . whatever laaaaa ] . then aku mesej dia cakap aku sakit hati . tapi bole plak dia buat slamberrrrrr jak ?? seolah olah aku cakap tu tak penting langsung !

okey . mungkin dia fikir malas mau ingat  pasal cerita tu . mungkin akan buat kami gaduh lagik . tapi cuba la fikir yang AKU SAKIT HATI KOT ! takkan kat situ pun  tak perasan lagik ? then aku mula la buat perangai . mesej dia macam mau tak mau . dia pun ikut jugak rentak aku . aduyai ! tu yang buat aku geram . bila aku dah mula lain , dia ikut lain jugak ! entah laaa . mamat sorang ni betul betul mencabar kewarasan akal ku .

mesej kami berterusan . then , aku diam jap .  aku mula mesej blek cakap aku JEALOUS . dia sempat lagik cakap dengan sapa ? ya ALLAH . kan malam sebelum tu aku da cakap aku baca chat dia ngn budak pempuan tu . aduhhhhh . tapi aku diam lagi . aku cakap takda la . takda ngn sapa sapa pun . seriously , aku geram masa tuuu . tu pun tak faham lagik . ngrrrrrrrrr !

aku mula mendiamkan diri . mula pujuk diri sendiri . kesian . itulah aku . bila kami gaduh or whatever , aku akan pujuk diri tuk tetap tenang .tetap pujuk diri tuk sentiasa sabar ngan karenah nya . perangai nya . tapi at last , aku kalah kot . airmata jugak yang akan keluar bila aku dalam keadaan macam tu . hmm . lama lepas tu kami oke balik . then gaduh masa mlm tu plak . gaduh punya gaduh aku cakap mcm ni .
'' tolong la kesian kan aku . lau tak aku , hati ku ni . sakit sangat dah  . lau kau tak kesian kan banyak , sikit pun jadilah . lau tak sikit pun , suku pun dah kira okey ''
seriously , masa ni aku rasa macam nak give up da . nangis jangan cakap la . sakit hati dohhhhhh . then dia mula ngaku semua tu salah nya . konon tak faham aku lagik . haduyaiiii . lau dah dia mula cakap macam tu , seriously aku pun lemah sekali lahhhhh . then aku ngalah . aku malas jugak nak gaduh sebenarnyaaa . lepas tuuu , kami okey balik . sweet kan ? bila gaduh , okey balik . then gaduh lagik . okey balikkkk . begitu la terusssssss . [ ohmyy . sweet la sangat ]

then semalam . kitorang tengah texting . kelas dia habis awal . jadi aku ni pun happy sikit jugak la sebab dia da ada masa free . boleh temankan aku mesej kejap . bole jugak borak borak cerita cerita dengan dia . tengah kitorang mesej tu , dia hilang kot . dia tak reply da mesej aku . aku pun mula rasa bengang . mula la risau bagai nak rak . ' kemana lah dia ni '. 'buat apa la dia ni ' . macam macam . banyak yang aku fikir . sampaikan aku nonton drama Adam dan Hawa tu pun aku rasa macam nak marahhhh .

then aku mula try mesej lagik . tak jugak dia reply . aduhhhh . aku call . tak di jawab . call lagik ,voice mail . call lagi tak jugak berjawab . so , aku diammmmmmmmm . kejap aku diammm . dia mesej . bagitau dia TER tidur . phone silent . tak dgr bunyi mesej , tak dgr bunyi bila org call . hmm . ni la perangai dia yang aku benci sangat sangat . bila dia penat ka apa , langsung tak nak bagi tau . aku ni sapa buat kau ??? bila kau penat , nak tidur susah sangat ka nak bagitau kau tu PENAT , nak REHAT , nak TIDUR ? ngrrrrrrrr =.='

then , aku diam . aku tak reply mesej nya . aku buat tunjuk perasaan sikit . biar dia rasa pulak apa yang aku dah rasa . lamaaaaaaaaa macam tu . kalau dah tau kau TER tidur , mesej aku tak reply , call lahhh . pujuk . tanya . tak susah pun sayang oii . lamaaaaaa bgtu . then dia call . time ni betul betul marah aku kat atas puncak gunung daaaaa . rasa macam nak cekik cekik ja pengurus CELCOM masa tu . dia call , aku tak dengar langsung . [ maklum la , kediaman dekat hutan . conform ssh nak dapat line ] .

lama begitu . call tak dgr . call tak dapat . huhhhhh ! last last , aku call dia . aku cakap semua rasa yang besarang kat dalam hati . entah kekuatan dari mana yang aku dapat . aku berani untuk cakap semuanya . aku bagitau semua nya . dia diammmmm . lamaaaaa. aku tak kisahhhh .a ku cakap lagi . lagi dan lagi . bila dia try tuk cakap , aku pintas . aku potong semua nya . aku cakap lagik . [ bukan aku nak menang , cuma saja nak bagi dia faham ]. sakit hati masa ni toksah nak cakap laaa . macam ada batu hempap dada . rasa saluran kat dalam perut senak , uluhati rasa senak . susah nak bernafas pun ada jugak . [ maklum , tengah di kuasai marah ] . aku masih cakap lagi . aku mula rasa sebak . nak nangis . tapi tahan . tapi nada suara dah begetarrrr . [ entah dia perasan tau tak aku mula nak nangis masa tu ] . geram tahap dewa kot . sampaikan aku rasa macam nak cekik cekik ja leher dia tuuu . nggggrrrrrrrr =.=' !

lama lepas tuuuuuu , aku dengar macam ada esak tangis . dia nangis ?? macam laa . aku tak sempat nak tanya pun . orang tengah mamai kena marah . entah pa jadinya . mungkin masa aku membebel sempat lagik dia tidur kot ? hahaha . tak la . dia dengar . semua yang aku cakap dia dengar . aku give up masa tu . cannot go dahhhh . dia diammmmmmm . masa dia mula cakap semua tu salah dia , aku terus cakap salam .

aku nangis . rasa bersalah pun ada jugak . sap semua dah aku cakap . aku tak baik kan ? kesian dia . kena marah . da la penat , ngantok , kena marah lagik . kesiannnnn . lepas dari tu dia mesej . aku baca . mula rasa nak marah lagik .aku call . dia tak angkat . tidur dah ke ? aku call lagik . tak jgak di jawab . aku call lagik . then di angkat . dia cakap takut akda line lagik . aku geram masa tuuuuuuu . geram geram geram ! aku cakap lagik . dia pun cakap lagik . banyak yang kami bualkan masa tu . bila aku tanya dia diammm . aku becakap dengan dinding ka masa tu ?? ngrrrrrr =.=' ! aku marah dia lagik .

dia mengaku semua tu silap nya . dia mengaku semua tu salah nya . aku hargai pa yang dia buat masa tu . dia cepat mengalah . tu yang aku tabik dengan KAU . hihihi . aku nangis . so badly uolssz . sampaikan dia cakap aku ni macam budak budak . hahaha . belum 20 lagik kan ? masih sweet 19th bhaaaaaa . ahahahahaha . 

lepas dari semua semua tu , kami okey balik . apa yang kami bualkan biar aku dengan dia yang tahu . [ nanti ada la orang malu lepas baca entry ni ] 

apa yang aku harap dari KAU , cuba lah . tak banyak takpa . sikit pun jadi lah . tak sikit pun takpa , suku pun dah kira oke . cuba lah tuk fahan keadaan orang lain . perasaan orang lain . hidup berpasangan ni perlukan perkongsian . takda cerita takpa . yang penting kau mau berkongsi segalanya . aku mula sedar . segala nya perlukan teguran . aku cuba bantu kau . ni pun aku buat untuk kau jugak . kalau jodoh tak panjang , sekurang kurang nya kau da ada pengalaman unutk faham orang lain . mana tau jodoh kita tak panjang , then kau jmpa perempuan yang jauh lagi kuat marah , kuat merajuk dari aku  naaaaa ? [ tapi aku tak minta minta la semua tu jadi . takut kot ! ]

tak mudah tuk kekalkan apa yang kita ada sekarang . dan dak susah tuk musnahkan segalanya . silap langkah , silap percaturan , silap emosi semua boleh berubah . fikir la . apa yang aku buat semata mata tuk kau . hargai lahhhhhh . 

AKU SAYANG KAU :)

Monday 22 October 2012

C E R I T A

assalamualaikum .

hari ni macam biasa . entry baru . dengan cerita baru . banyak yang aku ingin ceritakan .
*satu satu . pelan pelan *

okey . di entry sebelum ni aku ada mention aku nak ke KK bukan ?
* da baca belum ? lau belum baca , klik SINI *
hmm . banyak benda yang jadi selama 3 hari 2 malam di sana .
malam yang pertama , seriously BOSAN .
aku cuma duduk dlm hotel habiskan masa begitu ja . tak jalan ke mana mana . tak pergi ke mana mana .
*kan malam da . kompom tak leh jalan kot*
lagipun abg aku tengah study gila gila masa tu . sebab esok pagi tu dia ada exam kat Sapong Jaya .
*okey . cukup sampai situ . sap nak cerita banyak , tak bole . takda yang menarik pun *

next day . sabtu .
pagi tu memang aku lambat sangat bangun , sampaikan solat pun sikit ja lagi tak sempat .
badan rasa sangat sangat tak sihat . 
sengal semacam !
*mungkin sebab aku muntah masa otw ke KK tu*
tapi takpa . jalan punya hal , sikit pun aku tak kisah !
yang penting guna masa sebaik2x nya . 
*aku kan jarang ke KK . jakun sikit jugak la*
pagi tu , mcm biasa la . abg aku jalan dulu .sap mau exam masa tu .
aku ngan kak ipar besiap selepas tu .
cerita punya cerita , baru ingat .
stroller anak buah aku tinggal dalam kereta .
dah tu , kitorang kena jalan kaki ke masjid daerah Sembulan . 
ohhmyyyy ! 
kaki aku ni , jangan cakap la sakit nya macam mana .
punya la lain aku rasa .
*oke . stop cerita sakit kaki*
tapi takpa . kami jalan jugak . kak ipar dukung alya , aku bawa beg susu alya .
beg sandang uolszz . mana ngan handbag aku lagik .
*dapat bayangkan tak keadaan aku masa tu?*


then , sampaila jugak kat masjid tu . kami tak terus masuk msjid masa tu . 
kami terus ke Wisma Muiz .
first rancang nak makan dulu .
sarapan la . tapi fikir balek terus makan tgh hari la . 
*save budget sikit*
then kami makan .tapi masa mkn tu , aku gaduh ngan DIA kot .
*toksah mention  nama dia la . nanti dia malu lagi =.=' *
gaduh tak gaduh , aku makan ja . isi perut . semua isi perut yang aku da refill keluar balik masa muntah . 
hmm . dah makan pa semua , kami gerak ke masjid .
kebetulan masa tu dah azan . then kami pun pergi la menunaikan kewajipan kepadaNYA .
alhamdulillah selesai .
masa kami tengah tunggu abang aku habis exam , ada la sekumpulan pelajar dari sekolah agama Papar datang ke masjid tu . nak solat jugak .then , ada satu budak ni . nama dia ERMA .
itu yang aku di bagitau la . nama penuh dia sungguh , aku lupa nak tanya.
*hihihi*
then , kami mula bercerita . itu dan ini . dah cerita banyak , then dia tanya .
" kakak orang mana ? "
aku pun jawabla ,
" kakak orang tawau . kau ?"
'' aku pun orang tawau jugak kak . tapi belajar di sini sebab di tawau takda sekolah yang ambil STAM . sekolah di papar ja ni yang terima kami budak dari tawau "
*STAM tu macam STPM jugak .cuma dorang punya exam lebih kepada agama , bahasa arab dan sebagainya :) *
"ohh yaka ? di tawau area mana ? bla bla bla*
"aku di batu4 kak . kakak ? blablabla ''
terlalu banyak yang kami cerita kan . istimewa ! sungguh !
then , masa kami tengah 'siyok' bercerita itu ini , berkongsi itu dan ini , tetiba !
abang aku call , suruh turun . sebab dia da hbis exam , mkn , solat dan sebagainya .
aku pun mcm rasa ' ala sekejap nya cerita . lama lagik bole ?'
then , aku pun rush tetiba . kitorang tukar number telefon dan sempat snap gambar . nak tgok ?


haa . tuu dia . siap peace ala alya ni !
*cantik kan mereka ? indah kan ciptaan NYA ? yang pasti , semua tayang gigi ! *
Erma betul betul duduk sebelah alya . dan dua kawan erma tu aku tak tau nama nya .
* aku rasa kerdil sangat masa ni . malu jangan cakap la *
okeh . cukup sampai situ .

lepas dari masjid , kami terus ke Karamunsing . tak da yang best pun sebenarnya . mata ke lain , hati ke lain.
entah . aku rasa taknak jalan plak masa tu . then , aku mula la pening , rasa nak pitam . nasib baik .
kami tak lama kat sana .  then , kami teruskan perjalanan ke Tuaran .
masa otw ke tuaran , kami betul betul lalu depan UMS .
ohhhmyyy !
aku ingatkan kami nak masuk la ke UMS tu . kebetulan graduan tgh konvo kan . so ada la Tamu Gadang kat situ .
 * dlm mindset da siap siap plan nak jumpa DIA *
tuptup , tak jadi !
*dapat bayangkan tak perasaan geram aku macam mana masa tu ?*
tapi takpa . aku ikut jugak la ke Tuaran tu . satu pengalaman baru lagik buat aku sebab aku tak pernah ke sana .seriously , aku bersyukur sangat sangat masa tu sebab aku masih di beri kesempatan tuk tgok keindahan ciptaan NYA .
aku dapat tengok kuda depan mata aku uolllsszzz! siap tgok ja la . tak pegang pun .
hampa okehh !
masa pun berlalu di situ . lama kot kami kat sana .takda gambar yang ingin aku tunjukkan .
*sebab kami pegi ziarah kawan kakak ipar aku . kawan lama dia masa dia study kat UM dulu *

hmmm . masa berlalu di situ . kami balim ke hotel kira agak lewat jugak la .


then , sambung ke hari berikut nya .
AHAD :)
pagi pagi lagi aku da bangun , besiap , kemas itu dan ini .
*kebetulan tu last day aku kat KK *
dah siap semua , kami turun . checkout hotel then terus carik kedai makan tuk terus makan tengah hari .
then pas makan , kami jalan lagik .
jalan yang sama . macam kemarin .aku mula la tertanya tanya ni .
' takkan nak ke tuaran lagik ? kemarin da puas kot cerita itu ini di sana '
then , tiba tiba . abang aku kata , jom masuk UMS .
aku punya happy , whuttt whuttt !
jangan cakap la wehhhhhh ! sangat sangat happy masa abang aku cakap nak masuk sana .
aku terus SMS , bgtau aku ke UMS .
DIA pun terus reply ,
' jumpa jom'
*nampak tak dia pun mengharap yang sama ?*
okehh . aku ingatkan masa ni abang aku nak la bawa aku ke Tamu Gadang tu .
tuptup , di bawa nya aku ke akuarium muzium marin UMS .
awehhhhh . ada sedikit kehampaan ku di situ . tapi tahan . tak mau tunjuk . aku pun mula ikut rentak dorang . ada sedikit keterujaan aku bila masuk dalam tu . Ya ALLAH , besar nya ikan tu !
' eh , tu gamat ka ?'
'wehhh . ada penyu laaaa'
'eh , ni ikan yu kan ??'
'ni apa plak ? ohh . ikan paus rupanya'
'ada dolphin la alya '
'alya , ni nemo ! yang macam dalam TV tu :) '
'subahanallah . besar nya ikan tuuuuuu "
itu ini . itu ini . banyak ! sungguh . teruja aku !
*jakun kesiannnnn *

 * terumbu karang . hidup ni . melambai lambai ke arah ku :)

 * pose paling mannang :)

 * one family . walaupun adik waiz takda :(

 haaa . tuu dia . besar siot ikan ni :)

 alya tengah mengamati ikan ikan itu :)

 haaaa . ni ikan paling besar yang ada kat dalam tuu . siyezz , besar ikan ni . aku tengok pun takut wehhhh . smpai tefikir .' nanti pecah kaca ni , di makan la kamu yang jaa ikan ni '


 teruja aku tengok penyu ni . hewhew!

 haa . buat apa tu ! ini ni . biasak ! orang tengok laaaaa .
hahaha . ni sejenis jerung . nama ikan ni Yu Bodoh .
yang blakang tu , yang ada bintik bintik entah apa nma nya . :( lupa

 ni rangka ikan paus lau tak silap :)

 dolphin :)
di awet sudah .

 chehhhh . posing sakan ...


 nemooooo ^^
hewhew!

okehh . aku teruja sangat . gambar aku semua kabur . kesian kan ?? bila turn ku ambil gambar dorang , semua okey je , bila turn dorang smbil gambar aku , semua kabur . ada beberapa ja yang okeh . sedihhhhh !





okehhhh . terujaaa . tapi tiap gambar ku , mesti alya interframe ! arrggghhh.
oke cukup .

 aku masih cuba nasib kot kot dapat la pujuk dia tuk bawa aku ke tamu tu .
then , macam ada harapan nak ke situ . aku pun happy tahap naga .
skali tgok ?
dia round ja tu dewan canselor . pastu trus keluar dari UMS . dupdapdupdap !
aku hampa . sangat hampa . trus semangat hilang .aku nangis . entah kenapa . tapi aku sembunyikan . mata merah . alasan , resdung naik mata lagi :(

then jalan . terus ke OneBorneo [ 1B]
kat sini aku cuma jadi tunggul yang bergerak . kacau daun . terpaksa bawa diri sendiri .
jalan ntah ke mana .
fikiran menerawang jauh . berharap jugak dia ke 1B  then dapat lah jumpa . tapi dia nak balik bilik da . penat agaknya .
aku tak banyak tanya . terus mengiyakan saja .
hmmmmmmm . lepas semua mua urusan kat 1B selesai , kami balik . ingatkan terus ke tenom . rupanya singgah lagik ke Lok Kawi Wildlife Park .

dengan hujan yang agak kuat jugak , kami redah je . nak sangat tengok semua binatang tu . tapi tak sempat . kami lambat . semua binatang da masuk kandang .
separuh ja sempat tengok :(
harimau , gajah , musang , ular , monyet , kuda belang aku tak dapat tengok :(
sedih yaaaaaaa .
sudah la bayar mahal mahal , berhujan lagik tapi tak sempat tengok semua binatang tu . aduhhhhh .
tapi ada jugak memori yang aku bawak dari sana . sungguh . aku teruja buat kali yang kedua :)
basah pun basah la . sakit pun sakit la . yang penting aku dapat tengok . tak semua pun takpa . separuh pun jadilahhhhhh . dan ini lah hasilnyaaaaaaa :D


 hujan pun hujan laa . tudung tak betul pun takpa la . yg pnting ada kenangan :)
 untung laa . dapat berpayung :(



 agak ganas ostrich nya nii . mau mematuk kepala org :(

 ramah gila monyet niiii . tapak tangan dia halus . sungguh !!!!!


 ksian aku . gambar ni tak jadi , dorang tak cakap apa pun . sedihhhh













walaupun hati aku , fikiran aku bukan kat sini sepenuhnya , tapi aku usahakan untuk terus senyum . sembunyikan semua rasa yang aku ada tikaa dan saat tu . berharap 1 masa nanti dapat buat gini lagi dengan kawan kawan dan DIA juga . insyaALLAH .
nanti aku kongsi cerita lagi :)


Friday 19 October 2012

semalam ...

semalam .
penuh dengan seribu cerita .
aku bahagia . syukur . punya sahabat yang baik hati . punya sahabat yang ada hati nurani .
punya teman yang baik budi . punya teman yang memahami .

begitu juga kamu . aku yakin . aku pasti . kamu juga bahagia bukan ?

ALHAMDULILLAH . 


empat hari lagi aku akan balik semula ke TAWAU . jumpa dengan family , dengan adik beradik . jumpa dengan kawan kawan . jumpa dengan NAIM .
*hihihihi . semangat aku ni naim*
insyaALLAH :)
jumpa dengan semua nyaaaa . tak sabar rasa nya . rindu menggunung dengan family . 
ohhmyyyyyyyy !


dan  berapa hari saja lagi , one of my friend akan konvo .
dekat UKM sana .
*nostalgia cerita itu*
selamat bergraduasi !
jangan sedih . ur family da datang kan . nanti kau jumpa , peluk cium la mereka .
sure dorang pun rindu kau jugak .
guna masa yang kau ada dengan sebaik-baiknya
bila sampai tawau nanti , haa . hari hari kau bole tidur ngan mak kau !
*da besar panjang , da tumbuh janggut masih nak tidur ngan mak ke ?*
rindu . ohh , ya . aku faham . aku pernah rasa jugak maa .


and , seminggu saja lagi nak raya haji .
*nak mention jugak tyme tu befday aku*
hmm , berharap sangat ni . ada surprise la . apa la . 
hadiah segala bagai .
*kerek kan aku ? tu pun nak bagitau*
dan masa tu jugak la nak jumpa naim :)
*woi pacik , hati hati balik tawau nanti*
itu ja la masa yang aku ada tuk spend tyme ngan kau . 
rindu :( 


dan hari ni ! aku ikut my BRO pegi keykey .
dia pegi exam . aku ?
entah . tak da sapa yang bawa jalan . kak ipar tak pandai bawa kereta .
ohhhhmyyy ! 
*bole ke UMS ka ?*


okey . cakap pasal UMS ni , ada orang tu kan .
ke Tamu gadang uolssszz !
jumpa UNIC ngan Hafiz Hamidun u ! 
ohmyyyy ! 
seriously , aku jelessss tahap dewa ! 
nak jugak tgok dorang .
tapi bukan rezeki sayang . sabar lah . 
nanti aku pegi jumpa Aliff Aziz yee . ngan adira sekali :D 
hahahahaha .


takpa . rezeki ada di mana mana bukan . kalau bukan disana , mungkin di sini .
kalau tak jauh , pasti ada dekat ngan kita.
ALLAH perancang maha hebat bukan ? 
*chopp3x . napa aku tiba tiba ubah mood ni ?*
hairan . hihihih .


hmm . sebenarnya aku tak rasa nak buat entry pun hari ni . tu yang cerita aku out cikit ni .
maaf kepada yang membaca .
*bukan nak show off okehh . jangan salah anggap*


hmm , apa apa pun , selamat berhari jumaat semua !
mulakan hari mu dengan senyuman .
jangan masam masam . nanti rezeki payah nak tembus :)
*macam aku lettew*


ohh ya . untuk my beloved cousin .
Nurfatin Annisa binti Alias .
selamat hari jadi sayang . moga panjang umur .
murah rezeki dan semestinya dapat result gempak untuk PMR ni .
doa kami selalu mengiringi langkah perjuangan mu .
teruskan perjuangan mu sayang . mamak menanti :)
sayang untuk kau ! raya nanti kita sambut befday sama sama 
*letak lilin atas pulut , baru kita tiup sesama okehhh .*
raya nanti tak payah makan kek .
 mkn 'sokkok' banyak banyak . 


salam jumaat semua .
dan selamat berhujung minggu .
assalamualaikum :)

JUMAAT !

assalamualaikum :)
salam jumaat untuk kalian . 

alhamdulillah , kita di beri kesempatan lagi untuk bernafas . menghidu udara nyaman . 
melihat tumbuhan segar . melihat keindahan yang diciptakanNYA .
hebat bukan ? 
ALLAHU AKBAR !
hari ini  kita masih diberi kesempatan untuk terus berjuang , untuk terus hidup . 
bersyukurlah . kerana pasti ada hikmah kita masih diberi kesempatan tu .
kita manusia yang penuh dengat kesilapan .
*tiada yang sempurna beb*
so , mari lah . kita sama sama perbetulkan salah kita .
mungkin ada langkah kita yang tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya kita lalui . 
mungkin ada sejadah iman kita yang koyak lantaran perbuatan kita sendiri .
aku tak sempurna .
sungguh .
begitu juga kamu .
walaupun kita adalah sebaik baik kejadian yang ALLAH ciptakan , 
namun kita lupa . kita punya kelemahan .
kita pernah melakukan kesilapan .
jangan riak . jangan takabbur .
ALLAH murka .
bersederhana lah . tak usah jadi orang lain .
 

mari , kita panjat kan doa .
mudah mudahan apa yang kita ingin kan menjadi nyata . 
semoga kita berada di bawah lingkungan keredhaan nya .
moga kita di beri keselamatan di dunia dan di beri kebahagiaan di akhirat .
berdoalah .
doa adalah senjata yang paling tajam buat orang mukmin .


Thursday 18 October 2012

RINDU !




* 1 NEW MESSAGE*
lari laju laju .buka laju laju . semangat ! 
Tahniah . anda buat 3 panggilan semalam . bla bla bla bla bla .
gerammmm !


*1 NEW MESSAGE*
lari . tak laju . . buka pintu . gedabakkkkkkkk ! 
you have missed call from bla bla bla bla . 
lagi gerammmmmm !


*1 NEW MESSAGE*
pelan pelan . slow slow .
tak mengharapkan apa apa
*padahal dalam hati ! jangan nak kerek sangat la ana *
open .
baca . lagi dan lagi . berulang kali . terpaku . terdiam . 
ohmyyyy . rasa nak nangis baca mesej . nak rply ! sangat sangat ! 
out of credit sayang . sory :( 


anginnn . sampaikan padanya . aku juga rindu . :'(




KEHIDUPAN

indah nya hidup bila di kelilingi oleh orang-orang yang kita sayang .
indah nya hidup bila apa yang kita inginkan menjadi kenyataan .

ini lah aku . terlalu banyak benda yang aku ingin kan . impian dan harapan . terlalu banyak bukan ? bukan aku saja . malah kamu juga . kita semua punya keinginan . kita semua punya kemahuan . sama . kita sama . 

aku pernah jatuh . jatuh ke tempat yang paling bawah . sampaikan aku sukar untuk berdiri semula . aku bangun . bertatih , merangkak dan kemudian berdiri sendiri . semangat hampir hilang . semangatku hampir tiada . aku mula putus asa . aku tidak menharapkan apa-apa . aku malu . malu pada semua . terutama kepada dia .

bila ku ingat semula langkah perjuangan ku , tidak setimpal dengan apa yang aku dapat pada penghujung penantian ku . aku resah . gelisah . takut . malu . kecewa sudah tentu . namun , aku tetap cuba . cuba untuk kuat . cuba untuk bangun . dan cuba untuk senyum semula .

*walaupun pada awalnya sukar . sungguh*

dan akhirnya . dia muncul . menghulurkan tangan untuk ku gapai . untuk ku bertaut .dia istimewa . sungguh . teramat istimewa buat ku . entah mengapa ku rasa ada satu perasaan asing yang muncul dalam diri tatkala dia mula mencuba untuk meluahkan rasa .

namun , aku diam . tak mahu berkata apa . aku diamkan segala apa yang dia katakan . aku diamkan segala apa yang dia lakukan . aku senyum . hanya ucapan 'terimakasih' yang mampu ku katakan . aku malu . sangat malu . sungguh .

kesungguhan nya , kesabaran nya dan ketekunan nya buat aku terpaku . dia kenalkan aku dengan salah seorang sahabat baiknya . aku lihat . merenung . dan menilai . kadang aku diam . dan kadang aku bercerita . dia pemalu . sungguh . malu untuk bercerita . dan malu untuk berkata apa-apa . terutama di hadapan ku .

persahabatan mereka akrab . kukuh . sungguh ! aku rasa cemburu . namun ku diamkan .aku bukan sesiapa . akhirnya , aku cuba untuk menerima . aku terima segala kekurangan yang ada pada diri nya . aku terima segala kelebihan yang ada pada diri nya .

syukur . dia sangat memahami . dia sangat mengerti . aku kagum dengan segala kesungguhan nya . namun , kebahagiaan itu tidak lama . kami terpisah . dia perlu berjuang . untuk memegang segulung ijazah kelak . bergelumang dengan buku-buku , assignment yang belambak-lambak . sungguh . aku malu . aku juga ingin menjadi seperti dia .

kerdil . terasing . itulah perasaan saat ini . namun , dia tetap menerima . selalu memberi dorongan . menghapus duka . memberi gelak dan tawa . walaupun kadangkala aku sukar untuk mengerti keadaan nya .

gaduh . itulah yang akan terjadi . tapi tidak lama . dia mencuba . mencuba perbaiki segalanya . aku malu . sekali lagi . kematangan nya dalam menguruskan semua hal buat aku jadi malu . sungguh .

aku mula mencuri semangat nya . aku mula untuk perbaiki diri . dia memberi  semangat . dia beri dorongan . kadang memarahi dan kadang menasihati .

bila ku sendiri aku mula berfikir . itu ini . terlalu banyak . buntu . itulah akhirnya . kadang ku suarakan . kadang ku diamkan . dia mengerti .

aku bangkit . aku bina semula kekuatan . aku mula berjalan . berlari . dan berjalan semula . jauh . terlalu jauh . aku cuba untuk membina impian ku yang dulunya sudah hilang . dia tetap ada di sisi . memberi kata-kata semangat untuk aku terus berjuang . dia akan menanti . dan setia menanti .

*TERIMA KASIH*
pinjamkan aku semangat itu . pinjamkan aku kekuatan itu . moga aku bisa lalui saat-saat ini . aku tahu kau mengerti . aku tahu kau memahami . terima kasih :') 

kehidupan . kadang kita akan berada di atas . dan kadang kita akan berada di bawah . hidup umpama putaran roda . tak selalu nya kita akan merasa senang . dan tak selalunya kita akan merasa susah .

tak semua punya rezeki yang sama . mungkin rezeki untukku di tempat lain . bukan di situ . ALLAH perancang maha hebat bukan ?? tak semua orang akan lalui saat-saat ini . aku bersyukur . kerana ada manisnya di sebalik rancangan kehidupan ni . aku akan tetap di sini . memulakan langkah sekali lagi untuk menggenggan impian yang dulunya hampir musnah . 

doakan aku moga aku bisa . aku juga turut sama mendoakan kalian . moga kita selalu berada di bawah lingkungan keredhaan NYA . aamiin :)


aku akan tetap disini . tersenyum . lagi dan lagi . terimakasih kalian :')
 




Wednesday 17 October 2012

S A H A B A T

semua punya sahabat bukan ?

begitu juga aku . punya kawan . punya sahabat . ada yang datang bertandang sekejap cuma , dan ada yang selama-lama . sayang mesti ada kan ? susah senang sama-sama . mereka la yang ku gelar sahabat . walaupun aku tak baik mana , tapi cukup untuk mereka ingati bila aku dah takda .

* kita tak tau kan bila kita akan di jemput olehnya :) *


walau pun jauh terpisah , tapi perasaan tetap sama . dari yang lama , sampai la yang baru . sayang tetap sayang . terlalu banyak yang ingin aku cerita tentang mereka . tapi kemudian lah . tunggu idea datang lagik .
 *hihihi*

sebenarnya , masih ada lagi gambar yang ingin aku tunjukkan . tapi takat ini , biarlah ini dulu yang aku tonjolkan . terlalu banyak memori . terlalu banyak kenangan . hmm , cukup sampai situ .nanti ada yang sebak kang baca entry ni . hahaha ! 

ni antara mereka yang setia bersama aku :) . mari , tgok2x :)

 Hardisaiqal Husain nama dia . dia kawan aku yang paling lama . 5 tahun . bukan sekejap . lama . terlalu banyak cerita dan perkongsian . terlalu banyak masalah , suka duka nangis dan tawa nya yang aku ketahui . dia jahat ! 
*main-main*
dia suka nangis . ada masalah , terus nangis .
 *mengalahkan aku kau ni ya *
 dia baik . tapi mungkin bagi sesetengah yang tak mengenali dia akan cakap dia ni jahat . 
biarkan mereka . jangan di fikir . dia baik dengan aku .
aku sayang kau sahabat :)


 Sutrayanti Mohd Noor nama dia . *kalau salah maafkan aku*
dia sahabat yang sangat-sangat baik .
 dia manja , suara dia merdu :)
tapi ntah kemana dia . menghilang . tanpa khabar .
hilang akal nak cari . :(
miss u suteQ !


 Misnah Acho .
Periang , emo kekadang .
sepupu yang sangat baik . 
senang nak kawan ngn dia .
tapi lau marah , mejok sakan . hilang akal nak pujuk 
jarang nak bgitau masalah dia . jarang nangis . tpi bila dia ngis , betul2x dia sedih lettew .
*takkan ngis tnpa sebab plak kan ? apa la aku ni *


 haa . tuu dia . 
niee bestie 4 ever . takda yang bole pisahkan dorang ni .
*even aku pun , tak bole jugak . hahaha *
Norfatiha Mapaita dan Aisah Sakka 
aku sayang mereka . selalu ada dgr kisah bodoh aku . penuh dengan nasihat macik satu ni . sapa-sapa yang mengenali , tahulah perangai nya . cha baik . penyayang . tapi pendiammmmm sngat2x . hihih :)


 Rohana Alias .
kejauhan sudah kita sayang :(
takpa . jauh takpa . asal hati kita tetap sama . tak berubah .
belajar elok2x ya ? bawa blek ijazah nanti . kami tunggu kau balik .
sayang kau sampai bila2x . bila ada masalah nnti jgn simpan sendiri .
tak elok . busuk nanti . 
sayang kau :)


Ruziah Abdul Rashid !
dia kawan yang superduper ohsemmm . 
sangat baik . cer tengok lesung pipi dia . mcm lesung batu da kan ?
*kidding sayang*
dia pun jauh . mcm rohana . 
selalu ja ada yg cuba dekati dia ni . sbb apa ?
*comel lettew*
dia baik . sangat . sungguh ni . tak tipu :)

dan masih ada sorang lagi hamba ALLAH ni . dia la orang yang paling setia temankan aku .selalu ada dengan aku . selalu dengar tiap-tiap luahan hati aku . selalu ubatkan rindu aku . selalu diamkan aku .
*walaupun dia sibuk sepanjang masa dengan assignment yang belambak-lambak*
tapi dia masih ada masa lagi layan aku . dia la teman gaduh tumbuk aku . sungguh . aku sayang dia .
 *siyez ni . tak tipu punya ! *
kitorang salu gaduh . pastu baik semula .  then gaduh lagi . baik balik . selalu . terlalu sering da begitu . kesian jugak kat dia . kena tahan hati dengan perangai sot aku ni . hmm , kalau nak cerita pasal dia , sampai esok tak habis lagi . yang penting dia BAIK ! sangat BAIK . sungguh . tak tipu . percayalah ! 
*amacam ? yakin tak ?*
hmm lupakan cerita pasal dia . 


cantik kan mereka ? sungguh . cantik di mata ku . indah di pandang . Subhanallah  . ndak kebayang lagik aku kalau hilang antara satu nya ni . walau pun ada yang menghilang tanpa kabar , hilang tanpa berita . takpa . aku tetap disini . setia menanti . sayang ini takkan ada habisnya . kamu lah yang terawal , dan harap yang terakhir .

kawan , doakan aku . doakan aku moga ada seseorang yang benar-benar ikhlas berteman . bukan ambil kesempatan dan cabut lari . sungguh . demi ALLAH . aku sayang kamu . mari , kita ikhlaskan persahabatan ini . walaupaun jauh di mata , tapi dekat di hati .

harap selamanya kita kekal begini . aamin :)


Baik-baik saja






fikir yang baik-baik . cakap yang baik-baik . minta yang baik-baik .

aku diam . baca lagi . lagi dan lagi . aku suka . suka dengan ayat ni . sungguh . namun , kita tidak lah sempurna . tak semua orang boleh fikir baik , cakap yang baik-baik , minta yang baik-baik dan paling penting sangka yang baik-baik .

ALLAH maha mendengar . aku kadang terfikir . kenapa dan mengapa aku yang dipilih untuk melalui semua ujian ni . namun , aku cuma hamba . bukan aku saja . kita . kita semua hamba . aku belajar untuk redha akan setiap ketentuan . aku belajar untuk tetap sabar . dan selalu menjadi orang yang sabar .

dulu , aku lemah . lemah dengan tiap-tiap cubaan . dugaan , ujian dan cabaran tak putus-putus datang . aku menangis . bahkan meraung . kadang kala , aku jatuh tersungkur . namun , aku bangkit . aku mengadu kepada NYA , aku merintih kepada NYA . kerana aku tau . DIA maha mendengar .

aku mula belajar . dan aku yakinkan diri . ALLAH pilih kita untuk rasa dan lalui ujian ni sebab ALLAH sayang kita . orang yang sabar akan tiap-tiap dugaan adalah orang yang kuat . ALLAH sayang pada orang-orang yang sabar . aku malu . malu kepada NYA . tapi aku masih merintih . lagi dan lagi .

airmata menjadi peneman sejati . setiap doa yang ku pohon , airmata yang akan mengiringi dan menemani aku . aku menangis lagi . semahu nya . sekuat hati . aku meraung . namun , apa daya kita sebagai hamba ? redha saja bukan ?

begitu juga aku . aku redha . aku fikir semua yang baik dan selalu bersangka baik . pasti ada hikmah di sebalik ujian yang datang . pasti ada kemanisan di sebalik kepahitan . pasti ada kebahagiaan di sebalik kesengsaraan .

percayalah , bila kita bersangka baik , fikir yang baik ALLAH akan bagi yang baik juga . kita minta la sebanyak mana pun benda yang baik-baik . pasti . ALLAH maha mendengar . dan ALLAH akan memberi sesuai dengan apa yang kita ingin kan . cuma beza cepat atau lambat saja . situasi dan keadaan kita .

bersabar lah . ujian yang datang adalah bersebab . pasti ada hikmah di sebalik kesedihan . ALLAH sayang orang yang sabar .